TANAH MERAH: Badminton tertutup rakan muda Tanah Merah yang berakhir malam kelmarin ternyata merupakan kejohanan untuk semua kaum. Demikian kata YB Perlimen Datuk Ir. Shaari Haji Hassan ketika di temui pada majlis penyampian hadiah kejohanan tersebut di sini.
Menurut Shaari, kejohanan seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mencungkil dan mengasah bakat baru yang berpotensi di Tanah Merah ini. Selain memperkasakan sukan tersebut, kejohanan itu juga mampu menjalin perpaduan yang sedia ada di sini.
Katanya lagi, inilah tujuan Parlimen Tanah Merah mengadakan kejohanan tersebut. Bakat baru yang terpendam di sini mungkin boleh digilap hingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu beliau menyeru kepada mana-mana persatuan badminton yang masih belum berdaftar dengan Kelab Badminton Tanah Merah (KBTM), silalah berbuat demikian dalam usaha merancakkan lagi kejohanan yang bakal dianjurkan kelab itu.
“Kelantan pernah lahirkan pemain Piala Thomas dalam sukan badminton. Bermula tahun tahun-tahun 1960an, 70an, 1990an seta 2000 hingga sekarang, ada pemain dari negeri ini yang mewakili negara di dalam pertandingan piala elit itu. Justeru untuk kembalikan semula nostalgia itu, kejohanan ini merupakan platform pertama mengcungkil bakat mereka yang terpendam untuk digilap seterusnya cemerlang bukan sahaja dalam negara malah negara dan dunia,” ujarnya pada Sinar Harian.
Sebanyak 13 pasukan menyertai kejohanan tersebut. Pasukan itu terdiri daripada Kelab Badminton Desa Utama, Shukeri Auto,Polis Tanah Merah, Maswaja, Maswira,Kusial Baru,Manal 3, MCA Tanah Merah, Majlis Daerah Tanah Merah, Sokor Estate, Young Malaysian Movement, Jelatok dan Guru-guru Tanah Merah.
5 katogeri dipertandingankan dalam kejohanan itu termasuk bergu senior, junior, wanita, campuran dan veteran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar