
Menjadi juara di dalam Kejohanan Badminton Liga Sukan Komuniti DUN Gual Ipoh dan juga Kejohanan Badminton Tertutup Rakan Muda Kelantan 2006 bawah 12 tahun lalu menjadi pemangkin kepada pasukan badminton Kampung Bukit Durian untuk mencipta kecemerlangan berganda tahun ini.
Pengerusi Kelab Badminton kampung tersebut yang juga merupakan Ketua Jurulatih Pusat Latihan Badminton Tanah Merah (PLBTM), Khazin Mohamed Zainudin berkata, dalam usaha memeperkasakan kelab itu, latihan yang konsistan di adakan setiap malam apa lagi dalam usaha memberi cabaran sengit pada Kejohanan Tertutup Badminton Rakan Muda Tanah Merah penghujung Julai nanti
Menurut Khazin lagi sepanjang 2006 lalu banyak kejayaan telah dicipta oleh pasukan didikannya antaranya termasuklah menguasai kejohanan peringkat umur bawah 12,15 dan 18 tahun tertutup Tanah Merah.
Jelas Khazin lagi tahun 2007 nanti saya telah aturkan berbagai program menarik dalam usaha memperkasakan persatuan tersebut. Berbagai latihan akan dan telah dilaksanakan dalam usaha merealisasikan impian anak-anak pedalaman Justeru itu semua pihak termasuklah mereka yang mempunyai pengalamana dalam bidang sukan tersebut dijemput untuk tampil membantu. Kecemerlangan yang ditunjukkan anak didiknya itu memberikan keyakinan kepadanya bahawa satu hari nanti mereka berpeluang untuk mewakili negeri, seterusnya mencipta kehebatan di dalam negara.
“Kepada remaja yang berada di kampung sekitar seperti Bukit Nangka, Gual Ipoh, Air Berdang, Blok Ulu Kusial, Bukit Pauh, Peralla, Ladang Kerilla, Kuala Tiga, Air Era, Cermin dan kampung-kampung lain, silalah tampil untuk sama-sama menghidupkan sukan badminton di sini. Tak siapa tahu dalam ramai-ramai pemain dari pedalaman, mungkin ada yang berpotensi untuk terus mewakili negara. Semua itu kemungkinan dan kemungkinan itu akan menjadi kenyataan kalau ada komitmen daripada pihak tertentu yang sudi membantu,” katanya.
sambungnya, permukaan bumi yang berbukit ternyata banyak memberi ruang kepada anak-anak didikannya melakukan riadah intensif dalam usaha menjadikan pasukan itu cemerlang bukan sahaja di peringkat daerah, malah negeri dan negara. Selain pasukan remaja lelaki, remaja perempuan juga tidk kurang hebatnya.
“Pasukan remaja perempuan juga memiliki prestasi yang seakan sama dengan pasukan lelaki. Saya yakin mereka juga akan cemerlang,” jelasnya.
Menyentuh mengenai Kejohanan Tertutup Badminton Rakan Muda Parlimen Tanah Merah yang bakal berlangsung Julai ini Khazin menaruh harapan keajabaian bakal dicipta pasukanya didalam kejohanan itu nanti seterusnya membuka mata peminat badminton bahawa anak pedalaman juga boleh berjaya kalau berusaha gigih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar