Kamis, 06 Desember 2007

SK BUKIT DURIAN CEMERLANG BADMINTON








Biarpun tanpa peralatan cukup ketika menjalani latihan badminton, namun Sekolah Kebangsaan Bukit Durian (SKBD) berbangga bila mana dapat melahirkan jaguh sukan itu di peringkat negeri Kelantan.

Jurulatih sekolah tersebut Khazim Mohamed Zainuddin berkata, kejayaan dua pemain dari sekolahnya berjaya mewakili pasukan MSSM Kelantan merupakan satu kecemerlangan manis tidak terduga kalau hendak dibandingkan dengan pemain lain yang mendapat latihan lebih sistemamtik terutamanya di pusat-pusat latihan sukan teras. Dua pelajarnya itu ialah Sazwani Ahmad dan Amalina Mohd Rozid 12,

Sambung Pengerusi Teknik Badminton MSSM Cawangan Tanah Merah itu lagi, masalah peralatan bukanya halangan untuk berjaya bagi mana-mana sekolah di pedalaman asalkan mempunyai semangat juang tinggi dan ingin berjaya. Kejayaan itu juga tentunya menjadi pemangkin kepada pemain lain sekolah untuk terus berlatih bersungguh-sungguh selain menyimpan hasrat ingin berjaya seperti sahabat sahabat mereka.

“Walaupun berlatih di gelanggang terbuka, mereka mampu wakili negeri. Apa lagi kalau ada dewan tertutup di kawasan pedalaman ini, tentu lebih ramai jaguh dari sekolah ini dapat dilahirkan dengan prestasi tinggi dan berkalibar,” ujarnya.

Sementara itu Sazwani dengan Amalina yang ditemui menegaskan latihan yang berterusan sejak tahun 4 lagi membantu memantapkan lagi permainan mereka. Mereka juga berjanji akan terus tingkatkan prestasi dari masa ke semasa dalam usaha memburu tempat di peringkat negara.

Tidak ada komentar: