Minggu, 23 November 2008

PESERTA KEM BAKAT


Sebahagian daripada peserta kem tersebut. Tunas bangsa ini merupakan aset utama negara ke arah kecemerlangan sukan badminton bukan setakat Tanah Merah, tetapi negara.

Jumat, 21 November 2008

kecemerlangan badminton kijang emas


Tahniah!

KELUARGA BADMINTON
















Kopral Ariffin bersama anak-anaknya. Tahniah cikgu kerana aktifkan sukan tersebut di daerah ini.

Kamis, 20 November 2008

LAGI KEM BAKAT KIJANG EMAS 2008




Ternyata mereka hebat. Bintang baru badminton Tanah Merah

KEM BAKAT KIJANG EMAS

Mereka juga hebat. Bintang baru bercakna kemajuan.

BECHAH LAUT BURU JUARA



TANAH MERAH: Meskipun tidak sepantas pasukan dalam jajahan lain, namun pemain badminton Sekolah Kebangsaan Bechah Laut (SKBL) mula menunjukkan kebolehan mereka untuk terus memberikan saingan kepada pasukan lawan dan mula menanam impian memburu juara 2009 nanti.

Penolong Kanan Ko Kurikulum sekolah tersebut, Hashim Semail berkata, ilmu yang diperolehi daripada kem bakat baru-baru ini ternyata sudah memberikan kesan positif kepada pasukan dididikannya.

Katanya, ada di kalangan pemainnya sudah mampu melakukan pkukulan kencang yang mengelirukan lawan. Malah sesetengah pemain yang memiliki ilmu dari kem tersebut, sudah mula menunjukkan kemahiran mengawal gelanggang dengan baik dan sempurna.

“Saya yakin, kalau latihan berterusan diberikan kepada mereka, mereka akan jadi pemain badminton yang hebat dan terkenal,” katanya.

Hashim berkata, perlawanan persahabatan akan diadakan dari masa ke semasa dalam ikhtiar menjadikan mereka pemain badminton berpotensi. Melalui perlawanan persahabatan itulah, bakat pemain mudah dikesan.

Menurutnya, biarpun pertama kali menyertai kem ini namun kesemua anak buahnya sudah menyatakan hasrat mahu memburu juara.

“Apa yang disuarakan itu sebenarnya cita-cita mereka. Saya kagum dengan cita-cita itu dan saya yakin 2009 nanti badminton jajahan ini akan jadi hebat dan mampu lahirkan ramai jaguh badminton remaja yang terkenal,” katanya.

Kata Hashim, beliau turut merasa bangga dengan impian dan harapan daripada pemain mudanya itu dan berharap impian tersebut menjadi kenyataan.

Kisah-kisah mengenai kejayaan pemain badminton negara ke peringkat dunia sentiasa di ceritakan dalam usaha memupuk minat mereka ke arah kecemerlangan sukan tersebut.

Untuk itu Hashim berharap, dalam usaha merealisasikan impian pelajarnya, seluruh warga SKBL turut membantu bagi kecemerlangan sukan tersebut.

“Terima kasih kepada guru besar yang bersemangat di dalam sukan ini. Saya mula menanam sesuatu yang memungkinkan mereka menyaingi sesiapa sahaja dalam jajahan ini. Kalau orang lain boleh berjaya, pasukan saya juga mampu menggapai impian tersebut,” katanya.

BADMINTON KIJANG EMAS BERJAYA CUNGKIL BAKAT



TANAH MERAH: Kejohanan Badminton luar musim anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Kelab Badminton Tanah Merah, Cathay Enterprise dan Desa Utama Badminton, berjaya mengcungkil bakat terpendam daerah itu.

Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) itu, Haji Abdullah Bokari berkata, beberapa individu telah dikenal pasti untuk digilap bakat mereka selepas kejohanan nanti bagi menepati saaran 2009 Tanah Merah cemerlang sukan tersebut.

“Kita akan pastikan siapakah yang wajar di ketengahkan. Dari pengamatan saya, ternyata daerah ini memiliki ramai pemain berbakat yang boleh di ketengahkan kebolehan mereka,” katanya.

Menurut Abdullah, sepanjang kejohanan selama dua hari itu, corak permainan yang lebih konsistan berbanding tahun lepas telah ditunjukkan kesemua pemain. Katanya, bermula dari usia sembilan hinggalah enam belas tahun, sudah kelihatan kehebatan mereka dalam melakukan pukulan smish tajam dan taktik yang mengelirukan. Kehebatan itu akan bertambah cemerlang kalau digembilangkan bersama usaha mahu melonjakkan imej badminton di daerah ini.

Abdullah berkata, bakat awal yang dikesan di dalam pertandingan ini merupakan pemangkin semangat untuk terus maju di masa akan datang.

“Bakat awal merupakan kayu pengukur kejayaan seseorang. Pemain hebat tidak bermula dengan kehebatan malah bertunas dengan bakal awal yang menarik. InsyaAllah, kita akan gilap bakat awal yang memberikan potensi kepada sukan badminton,” katanya.

Menurut Abdullah, daerah lain telah lama cemerlang dalam sukan tersebut. Namun peluang untuk Tanah Merah merampas kecemerlangan itu tetap terbuka memandangkan kesungguhan pemain dan jurulatih membimbing pemain muda yang berpotensi itu.

Ketika ditanya Sinar Harian tentang misi badminton PPD mahu jadikan tahun 2009 cemerlang badminton, Abdullah berkata, kalau dilihat dari apa yang ditunjukkan pemain, impian itu akan menjadi realiti.

“Kita akan kotakan janji itu. InsyaAllah, semuanya akan direalisasikan kalau seluruh warga Tanah Merah memainkan peranan ingin memajukan sukan tersebut,” katanya.

Sebanyak lima belas buah sekolah telah menyertai pertandingan itu. Empat sekolah menengah dan sebelas sekolah rendah. Sekolah rendah terdiri daripada Sekolah Kabangsaan Sri Suria Dua dan Satu, Sri Kelewek, Batang Merbau, Bukit Durian, Yuk Cheng, Bechah Laut, Gual Jedok, Alor Pasir, Sokor dan Kuala Tiga. Manakala Sekolah Menengah kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah 2, Ipoh dan Dato Mahmud Paduka Raja 1.

Mohd Khalis Azfar Khazin dari Sekolah Kebangsaan Bukit Durian meraih johan katogeri 9 tahun lelaki, manakala Nurul Aishah Ariffin dari Sekolah Kebangsaan Batang Merbau pula johan perempuan. Bagi 11 tahun lelaki, disandang oleh Tow Seng Cheong dari Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Cheng, manakala perempuan pula diraih Tor Phi Yaa juga dari sekolah yang sama.

Katogeri 14 tahun lelaki pula dimiliki Tok Phi Suk dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ mahmud Paduka Raja 1, manakala perempuan pula naib johan dimenangi Shazwani Ahmad dari Sekolah Menengah .

Chu Siang Huat dari Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja 1 pula memenangi johan katogeri 16 tahun lelaki menewaskan Mohd Khalis Shakir dari Sekolah Menengah Tanah Merah 1, manakala Lee Ai Thing pulamjohan 16 tahun ke bawah menewakan Lai Chai Wen. Kedua mereka dari Sekolah Menengah Dato Mahmud Pasuka Raja 1.

KEJOHANAN BADMINTON BERGU TERTUTUP TANAH MERAH 2008


TANAH MERAH: Dalam usaha meningkatkan lagi mutu badminton di Tanah Merah, Kelab Badminton Tanah Merah (KBTM) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan serta Cathay Enterprise akan mengadakan kejohanan badminton bergu tertutup 27-29 November ini.

Pengerusi Kelab tersebut, Khazin Mohamed Zanuddin berkata, kejohanan yang bakal berlangsung di dewan badminton Desa Utama, Batu 4 itu, hanya boleh disertai pemain yang bermastautin di kawasan Parlimen Tanah merah atau pun bekerja di sini sahaja.

Kata Khazin lagi, pemain yang menjadi ahli kelab badminton sahaja yang dibenarkan menyertai pertandingan tersebut dan mana-mana pemain yang belum menjadi ahli, tidak dibenarkan menyertai pertandingan yang dijangkah meriah itu.

“Kita kena perketatkan syarat ini dalam usaha menjadikan kejohanan ini kejohanan yang berprestij,” katanya.

Ditanya Sinar Harian mengenai sistem pertandingan Khazim menjawab, pertandingan akan diadakan secara kalah mati.

Manakala katogeri pertandingan pula ialah bergu senior melayu, bergu veteran melayu, bergu campuran dan bergu terbuka. Sementara itu setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.

“Kepada semua pasukan badminton yang ada di dalam jajahan ini, diminta menyertai pertandingan tersebut kerana hasil dari pertandingan itu nanti akan digilap untuk diketengahkan,” katanya.

Menurut Khazin, inilah peluang yang paling sesuai sekali untuk menggilap bakat yang ada dalam diri seseorang pemain itu.

Katanya, jadikan kejohanan anjuran KBTM ini sebagai platform untuk gemilangkan sukan ini di persada tanah air. Mungkin yang menyertai pertandingan ini antara pemain yang bakal mewakili negara satu hari nanti.

“Kita tidak tahu bakat yang boleh digilap. Justeru dengan pertandingan ini, bakat-bakat yang berpotensi akan di ketengahkan dan siapa tahu pemain hebat negara nanti, bermulanya dari kejohanan ini,” katanya.

Khazin juga berharap seluruh warga Tanah Merah memberikan sokongan padu kepada kelabnya dalam usaha meningkatkan lagi mutu sukan badminton di jajahan ini.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kepada pihak-pihak tertentu yang sudi membantu menjayakan program yang bakal diadakan nanti.

Minggu, 16 November 2008

JUARA


Semua ini akan digilap untuk muncul sebagai pemain hebat Kelantan dan negara.

LAGI KIJAANG EMAS 2008


Antara bintang baru badminton Tanah Merah

Sabtu, 15 November 2008

BADMINTON 2008 KIJNG EMAS
















16 PASUKAN MENYERTAINYA. TERNYATA ADA BAKJAT BARU YANG DICUNGKIL DAN BOLEH DIKETENGAHKAN

Rabu, 16 Januari 2008

LAPURAN


KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TERTUTUP TANAH MERAH 2007 .

Tarikh Kejohanan : 31 Hb Ogos dan 01 hb Sept 2007

Tempat Kejohanan : Dewan Badminton Desa Utama,Tanah Merah.

Perasmian Penutup : YB Th.Hj.Fatah bin Mahmood- Exco Belia & Sukan Kelantan

Kategori Kejohanan : Berpasukan

AJK Bertugas : 12 orang

Pengadil : 10 orang

KUMPULAN A

KB MCA

KB YIE AUTO

KB PDRM

KUMPULAN B

KB MASWIRA

KBTM A

KB MASWAJA

KUMPULAN C

KB JELATOK

KB DESA UTAMA

MSSK TM

KUMPULAN D

KBTM B

KB KUSIAL BARU

KB BUKIT DURIAN

KEPUTUSAN KEJOHANAN

JOHAN : KELAB BADMINTON MCA

NAIB JOHAN : KELAB BADMINTON TANAH MERAH B

KE TIGA : KELAB BADMINTON JELATOK

KE EMPAT : KELAB BADMINTON MASWIRA

Catatan Kejohanan

Sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Pasukan-pasukan ini diundi kepada empat kumpulan. Johan setiap kumpulan akan bertemu secara bersilang dengan johan kumpulan lain untuk menentukan tempat ke final.

Tahniah kepada Kelab Badminton MCA yang berjaya mengungguli kejohanan ini. Secara umumnya, pihak KBTM cukup berpuas hati dengan penglibatan semua pihak bagi menjayakan kejohanan ini.

Sekali lagi tahniah kepada yang berjaya, dan cuba lagi kepada pasukan –pasukan yang bertanding.







Sabtu, 12 Januari 2008

LAGI KEJOHANAN ANJURAN KBTM










Kejohanan Badminton Perpaduan Tanah Merah, antara kejohanan yang telah berjaya menyatupadukan masyarakat di sini.

Dengan kehadiran pemain keturunan India dan Cina, mampu merancakkan lagi sukan itu di sini.

Justeru, seokongan dan dokongan padu dari semua pihak diperlukan dalam usaha menjadikan sukan itu bertambah elit di sini.

"Saya bangga dengan kehadiran mereka (kaum Cina dan India) untuk memeriahkan sukan ini, sekaligus melakarkan makna perpaduan di sini," ujar pengerusi KBTM.

Jumat, 11 Januari 2008


PROGRAM TAHUNAN 2008

KELAB BADMINTON TANAH MERAH

BIL

PROGRAM

TARIKH CADANGAN

1

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TANAH MERAH BAWAH UMUR 12,15 DAN 18 TAHUN

22/23 DAN 24 FEB 2008

2

MESYUARAT AGUNG KBTM KALI 1/2008

28 MAC 2008

3

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TANAH MERAH

24,25,26HB. APRIL 2008

4

KURSUS KEJURULATIHAN BADMINTON KELAS 1 BAM

12 – 16 HB JUN 2008

5

KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TERTUTUP TANAH MERAH 2008

7,8,9hb. OGOS 2008

6

KEJOHANAN BADMINTON PERPADUAN TERTUTUP TANAH MERAH 2008

25,26,27HB SEPTEMBER 2008

7

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP BERPASUKAN KELANTAN 2008

16,17,18 OKTOBER 2008

8

MALAM ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN BADMINTON

28HB . NOVEMBER 2008



Rabu, 09 Januari 2008

GANDINGAN MANTAP



















Gandingan mantap antara naib pengerusi dengan pengerusi menjadikan KBTM semakin hebat dan terkenal.

Banyak kejohanan bakal diadakan dan kepada persataun badminton yang belum menjadi ahli kelab, silakan berbuat demikian kerana kejohanan yang menawarkan hadiah menarik akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

Segera daftar!

MANTAPKAN LAGI KBTM


MESYUARAT

Dalam usaha memantapkan lagi KBTM, satu mesyuaratkhas di adakan. Banyak program dirancang antaranya kejohanan Tertutup Tanah Merah bawah umur 12,15 dan 18 tahun, Kejohanan Tertutup Tanah Merah 2008, Kursus Kejurulatihan badminton Kelas 1 BAM serta banyak lagi kejohanan berprestij.

Maklumat lanjut hubungi Pengerusi atau naib pengerusi atau sesiapa sahaja di dalam KBTM.



KEJOHANAN BADMINTON BERGU TANAH MERAH.

Satu lagi kejohanan prestij yang di adakan oleh KBTM. ternyata kejohanan yang disertai pelbagai kaum ini, mendapat sambutan yang sungguh luar biasa.

LAGI SUKAN KOMUNITI KELOLAAN KBTM












Bukan jaguh kampung! ternyata apa yang dipersembahkan menjadi tarikan kepada kelab lain untuk menyertai pertandingan yang bakal diadakan Kelab Badminton Tanah Merah (KBTM). Sertai sekarang untuk sama-sama buktikan bahawa kehebatan itu milik diri sendiri dan bukan kepunyaan orang lain. Hubungi Kelab Badminton Tanah Merah sekarang untuk menguji ketangkasan anda selaku pemain badminton daerah yang bakal gegarkan badminton dunia.

KEJOHANAN BADMINTON DUN GUAL IPOH






Bermulanya di sini. segalanya melebarkan langkah. akhirnya di kenali. banyak yang lahir dari permulaan yang baik ini. Kelab Badminton Tanah Merah terus aktif dengan mengadakan beberapa lagi siri pertandingan yang berprestij . Jom! ppakat join KBTM dalam usaha mengilir bakat yang sedia ada. Manalah tahu. di sini bermulanya karrier badminton negara.