
TANAH MERAH: Kejohanan Badminton luar musim anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Kelab Badminton Tanah Merah, Cathay Enterprise dan Desa Utama Badminton, berjaya mengcungkil bakat terpendam daerah itu.
Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) itu, Haji Abdullah Bokari berkata, beberapa individu telah dikenal pasti untuk digilap bakat mereka selepas kejohanan nanti bagi menepati saaran 2009 Tanah Merah cemerlang sukan tersebut.
“Kita akan pastikan siapakah yang wajar di ketengahkan. Dari pengamatan saya, ternyata daerah ini memiliki ramai pemain berbakat yang boleh di ketengahkan kebolehan mereka,” katanya.
Menurut Abdullah, sepanjang kejohanan selama dua hari itu, corak permainan yang lebih konsistan berbanding tahun lepas telah ditunjukkan kesemua pemain. Katanya, bermula dari usia sembilan hinggalah enam belas tahun, sudah kelihatan kehebatan mereka dalam melakukan pukulan smish tajam dan taktik yang mengelirukan. Kehebatan itu akan bertambah cemerlang kalau digembilangkan bersama usaha mahu melonjakkan imej badminton di daerah ini.
Abdullah berkata, bakat awal yang dikesan di dalam pertandingan ini merupakan pemangkin semangat untuk terus maju di masa akan datang.
“Bakat awal merupakan kayu pengukur kejayaan seseorang. Pemain hebat tidak bermula dengan kehebatan malah bertunas dengan bakal awal yang menarik. InsyaAllah, kita akan gilap bakat awal yang memberikan potensi kepada sukan badminton,” katanya.
Menurut Abdullah, daerah lain telah lama cemerlang dalam sukan tersebut. Namun peluang untuk Tanah Merah merampas kecemerlangan itu tetap terbuka memandangkan kesungguhan pemain dan jurulatih membimbing pemain muda yang berpotensi itu.
Ketika ditanya Sinar Harian tentang misi badminton PPD mahu jadikan tahun 2009 cemerlang badminton, Abdullah berkata, kalau dilihat dari apa yang ditunjukkan pemain, impian itu akan menjadi realiti.
“Kita akan kotakan janji itu. InsyaAllah, semuanya akan direalisasikan kalau seluruh warga Tanah Merah memainkan peranan ingin memajukan sukan tersebut,” katanya.
Sebanyak lima belas buah sekolah telah menyertai pertandingan itu. Empat sekolah menengah dan sebelas sekolah rendah. Sekolah rendah terdiri daripada Sekolah Kabangsaan Sri Suria Dua dan Satu, Sri Kelewek, Batang Merbau, Bukit Durian, Yuk Cheng, Bechah Laut, Gual Jedok, Alor Pasir, Sokor dan Kuala Tiga. Manakala Sekolah Menengah kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah 2, Ipoh dan Dato Mahmud Paduka Raja 1.
Mohd Khalis Azfar Khazin dari Sekolah Kebangsaan Bukit Durian meraih johan katogeri 9 tahun lelaki, manakala Nurul Aishah Ariffin dari Sekolah Kebangsaan Batang Merbau pula johan perempuan. Bagi 11 tahun lelaki, disandang oleh Tow Seng Cheong dari Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Cheng, manakala perempuan pula diraih Tor Phi Yaa juga dari sekolah yang sama.
Katogeri 14 tahun lelaki pula dimiliki Tok Phi Suk dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ mahmud Paduka Raja 1, manakala perempuan pula naib johan dimenangi Shazwani Ahmad dari Sekolah Menengah .
Chu Siang Huat dari Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja 1 pula memenangi johan katogeri 16 tahun lelaki menewaskan Mohd Khalis Shakir dari Sekolah Menengah Tanah Merah 1, manakala Lee Ai Thing pulamjohan 16 tahun ke bawah menewakan Lai Chai Wen. Kedua mereka dari Sekolah Menengah Dato Mahmud Pasuka Raja 1.
1 komentar:
mcm mane nak daftar ahli, bleh tak melalui online.....seng ckit....
sy memg berasal dr kampung rambai , gual ipoh...sy memg seorg yg berminat dgn bdminton ni.....skrg dah bljr u...
Posting Komentar