Kamis, 20 November 2008

KEJOHANAN BADMINTON BERGU TERTUTUP TANAH MERAH 2008


TANAH MERAH: Dalam usaha meningkatkan lagi mutu badminton di Tanah Merah, Kelab Badminton Tanah Merah (KBTM) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan serta Cathay Enterprise akan mengadakan kejohanan badminton bergu tertutup 27-29 November ini.

Pengerusi Kelab tersebut, Khazin Mohamed Zanuddin berkata, kejohanan yang bakal berlangsung di dewan badminton Desa Utama, Batu 4 itu, hanya boleh disertai pemain yang bermastautin di kawasan Parlimen Tanah merah atau pun bekerja di sini sahaja.

Kata Khazin lagi, pemain yang menjadi ahli kelab badminton sahaja yang dibenarkan menyertai pertandingan tersebut dan mana-mana pemain yang belum menjadi ahli, tidak dibenarkan menyertai pertandingan yang dijangkah meriah itu.

“Kita kena perketatkan syarat ini dalam usaha menjadikan kejohanan ini kejohanan yang berprestij,” katanya.

Ditanya Sinar Harian mengenai sistem pertandingan Khazim menjawab, pertandingan akan diadakan secara kalah mati.

Manakala katogeri pertandingan pula ialah bergu senior melayu, bergu veteran melayu, bergu campuran dan bergu terbuka. Sementara itu setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.

“Kepada semua pasukan badminton yang ada di dalam jajahan ini, diminta menyertai pertandingan tersebut kerana hasil dari pertandingan itu nanti akan digilap untuk diketengahkan,” katanya.

Menurut Khazin, inilah peluang yang paling sesuai sekali untuk menggilap bakat yang ada dalam diri seseorang pemain itu.

Katanya, jadikan kejohanan anjuran KBTM ini sebagai platform untuk gemilangkan sukan ini di persada tanah air. Mungkin yang menyertai pertandingan ini antara pemain yang bakal mewakili negara satu hari nanti.

“Kita tidak tahu bakat yang boleh digilap. Justeru dengan pertandingan ini, bakat-bakat yang berpotensi akan di ketengahkan dan siapa tahu pemain hebat negara nanti, bermulanya dari kejohanan ini,” katanya.

Khazin juga berharap seluruh warga Tanah Merah memberikan sokongan padu kepada kelabnya dalam usaha meningkatkan lagi mutu sukan badminton di jajahan ini.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kepada pihak-pihak tertentu yang sudi membantu menjayakan program yang bakal diadakan nanti.

Tidak ada komentar: