TANAH MERAH: Kontigen Badminton PPD Tanah Merah bakal menjadi pencabar baru badminton MSSM Kelantan dalam siri kejohanan itu pada masa akan datang .
Penyelia sukan Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah, Tuan Haji
Abdullah Bakori Mat yakub berkata, seramai 44 pemain telah tersenarai untuk mewakili pasukan tersebut, selepas selesainya kejohanan Badminton MSSD Tanah Merah yang diadakan di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsan Belimbing, di sini semalam.
“Saya kagum dengan pencapaian pasukan itu kali ini. saya yakin mereka (pemain) akan melakukan kejutan untuk meraih johan dalam setiap pertandigan yang disertai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Katanya, program Kijang Emas yang dianjurkan PPD sejak tahun 2007 telah melahirkan ramai pemain hebat jajahan ini. Peningkatan itu akhirnya diterjemahkan dalam kejohanan di mana 44 orang pemain potensi telah berjaya dilahirkan.
Sementara itu, Pengerusi Teknik Badminton MSSD Tanah Merah, Khazin Mohamed Zainuddin berkata, para pemainnya berada dalam kedudukan terbaik untuk beraksi dan seterusnya mencipta kejutan di dalam kejohanan yang bakal disertai nanti.
Katanya, pasukannya akan mencuba sedaya mungkin mengatasi pemain dari jajahan lain memandangkan latihan yang telah dijalankan.
“Kami tahu pasukan daripada PPD lain lebih sistematik dalam segalanya. Namun kami masih menyimpan impian memamerkan persembahan terbaik dan mampu mencabar pasukan lain dalam MSSM Kelantan,” katanya.
Ketua jurulatih Badminton Tanah Merah, Mustafa Ghazali berkata elemen kejutan kali ini mungkin melibatkan beberapa katogeri.
“Pemain sudah bersedia untuk berkasi dalam siri kejohanan yang telah dipertandingkan. Saya yakin dengan prestasi anak-anak buah saya,” katanya.
Mustafa berharap pemain akan bermain bersungguh-sungguh di dalam kejohanan yang bakal berlangsung seluruh Kelantan nanti. Apa pun beliau berharap agar pemain tidak kehilangan fokus sewaktu bertanding nanti.
Bagi Mohd Khalis Shakir, yang juga merupakan Ketua Pasukan Badminton PPD Tanah Merah, berkata kontogennya sudah berjanji akan memberikan tentangan hebat di dalam kejohanan Badminton MSSM yang bakal di adakan diluar jajahan Tanah Merah nanati.
“Walapun tahu saingan dari pasukan lain terlalu kuat, namun PPD Tanah Merah tidak akan biarkan kekuatan itu menewaskan kontengennya. Sekuat man poasukan lain, mereka tetap menentangnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar