Senin, 02 November 2009

PLD TANAH MERAH HARUMKAN BADMINTON KELANTAN

Pusat Latihan Daerah Tanah Merah (PLDTM) terus harumkan badminton Kelantan bila berjaya lahirkan pemain badminton potensi.

Jurulatih PLD sukan itu Khazin Mohamed Zainuddin berkata, seramai empat pemain, dua lelaki dan dua perempuan dipilih mewakili setiap pusat latihan daerah.

Katanya, PLD Tanah Merah diwakili Mohd Faiz Yahya. Wee Seng Kai, Nur Shazwani Ahmad dan Oui Chee Ling. Mereka dipilih di kalangan 20 orang pemain yang terpilih.

“Jurulatih PLD telah menjalankan tugasan yang cukup jujur dan ikhlas sehinggakan berjaya lahirkan pemain badminton berpotensi. Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus melahirkan pemain pelapis potensi itu,” katanya.

Kesemua pelatih menjalani latihan di PLD yang berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di bawah kendalian seorang lagi jurulatih, Zukini Abdullah.

Khazin berkata, pemain terpilih melayakkan mereka untuk serati Kem Bakat Badminton Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) yang melibatkan tiga negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kem tersebut ber;angsung di Kota Bharu.

Katanya, Seramai 120 peserta lelaki dan perempuan menyertai Kem yang berlangsung selama 3 hari tersebut dan melibatkan hampir 30 Pusat Latihan Daerah (PLD). Seramai 24 Jurulatih dari ketiga-tiga negeri bergabung tenaga bagi menjayakan Kem tersebut.

“Objektif utama Kem tersebut ialah untuk melihat kemampuan dan potensi pelatih-pelatih samada telahpun berjaya menguasai kemahiran-kemahiran asas permainan badminton di samping ketahanan fizikal setiap pelatih. Untuk itu, semasa program berlangsung pelatih-pelatih diuji pelbagai kemahiran seperti membuat servis pendek dan panjang, membuat pukulan lob dan juga membuat pukulan jaring. Bagi ujian kecergasan, ujian bleep dijadikan sandaran utama untuk mengukur kecergasan pelatih,” katanya

Sementara itu salah seorang peserta kem tersebut Nur Shazwani Ahmad yang merupakan anak jati kelahiran Bukit Durian Tanah Merah terus unggul sukan itu selepas berjaya mendapat tempat ke dua dalam ujian kemahiran, tempat keempat ujian kecergasan dan tempat ke tiga ujian perseorangan perempuan.

“Saya akan bermain bersungguh-sungguh dalam usaha mrealisasikan cita-cita saya untuk muncul sebagai pemain badminton wanita Melayu yang menonjiol dalm sukan tersebut,” katanya pada Sinar Harian.

Selain itu Penyelia Sukan PPD Tanah Merah, Tuan Haji Abdullah Bakeri Mat Yaacub cukup berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh PLD Tanah Merah ini.

“Kita bangga walaupun badminton merupakan sukan elit dan Tanah Merah kekurangan prasarana bagi sukan ini, namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh para jurulatih amat mengujakan. Mereka tidak pernah memikirkan tentang sebarang kekurangan, malahan sentiasa mengorak langkah bagi menonjolkan pelatih-pelatih mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengumumkan Kem Bakat Badminton Kijang Emas PPD Tanah Merah akan dilangsungkan pada 18, 19 dan 20 Ogos nanti dalam usaha mengekalkan prestasi pemain-pemain dan pelatih-pelatih sedia ada.

Tidak ada komentar: